Links

Monday, September 21, 2015

Tilam Angin -Inflatable Air Mattress

Heys all. Amboih lama tul ai x update blog. Kemalasan melanda disamping kesibukan. Lagipun lately banyaknya nak kena pergi kursus.


Siap ada coursework lagi. Adoiyaiii dah tetua ni nak buat coursework lagi. Fenin Ms. Panda.

So, dalam seminggu lagi ada satu lagi course. 5 days course. Lokasi course tu biarlah rahsia but from experience, mak engkau...x sanggup nak menginap kat hostel yang disediakan. You heard it right. Hostel. Ala, yang macam dua orang sebilik pastu tandas ngan bilik air kat luar, share2 satu floor. Lepas tu makanannya....lahaiii...

Mds. Panda ni bukanlah orang yang cerewet sangat. Tapi kan...5 hari dik...Duduk kat bilik yang panas membahang dengan toilet luar...Dah bawak kipas sendiri pun tetap panas. Last time i stayed there, I couldn't sleep at night and ended up getting sick before the course ended. Ingatkan Ms. Panda sorang je, rupanya orang lain pun terseksa jugak. So, once dapat tahu next course kat tempat yang sama...terus fikir nak cari tempat menginap yang lain.

So, hotel ke...homestay?

Since adalah dalam lima orang kawan2 lain nak dok luar, akhirnya ....homestay jadi pilihan pertama. As I read this blog, sesambil jeling2 homestay yang ada area Bandar Enstek (pecah rahsia. haha) dalam online ni. Adalah dua tiga yang menarik hati. Nanti bila dah dok situ, nanti Ms. Panda review ek. For now, nak cakap pasal Tilam Angin dan kenapa saya perlukannya.

I am a very light sleeper. Walau kekadang ada juga waktunye tido like a log, tapi most of the time senang terjaga. Lagi-lagi kalau sharing bed. Tengok majoriti homestay yang menarik hati tu, katilnya king/queen. Ala...cam mana ni? kalau twin bed senang sikit.

Dah kalau x de pilihan, bantai ajela. Tapi tetap kurang senang pasal katil tu. So i browsed around aimlessly... tetiba...terbaca review pasal sorang kakak ni yang suka travel...Inflatable air mattress adalah antara satu benda wajib yang dia bawa. Terus kembang-kempis idung Ms. Panda cari maklumat pasal Inflatable mattress ni. Wah, banyaknye jenis dalam pasaran. yang paling syok...kat Giant ada jual. Yaaay...dekat dengan umah. Petang karang, lepas balik dari opis akan ku terus pergi Giant cari mendalah tu.
http://raisedairmattressreview.com/
So macam tu lah lebih kurang rupanya. Not bad...not bad... boleh beli ni. Nanti dah beli and pakai I review juga. He he...

Bolehla kan, untuk tidur 4 malam. jangan ada yang gatal2 pancitkan dengan peniti masa aku tido nanti. Kalau nak tengok Godzilla mengamuk, cuba la, cuba.

Okes. Dah puas berceloteh buat masa ni. Nak berangan cari mattress plaks ni. Cya all. Ilebiu.

P/S : Thanks tinggalkan footsteps kat Chat blog Ms. Panda. Sorry tak sempat blogwalking korang punya blog kerap macam dulu, but I always balas blogwalking whenever I can. A.S.A.P (bukan jerebu tau)

Till next time, ya all. Until then, cheers and cillax (^^)y

No comments:

Post a Comment