Macammana dengan cuaca tempat ya all, ok tak? As for my place, the weather is so-so. But i got a scare this morning when I woke up. Nak tau ngape? Ni ha:
Perghhhh....first thing in my mind : JERUBU! Ah well, kerja tetap kerja so I drove slowly pagi ni (x merempit macam biasa. :P) Tapi bila sampai tempat kerja kan, eh, x berapa berbahang pun. Tenung lama-lama...barulah perasan. Kabus rupanya....
Tapi memandangkan sekarang tengah Jerubu, Ms. Panda guessed ni mesti campur Jerubu+Kabus ni. So, conclusionnye = Jerubus. Walaupun sejuk sikit, still not healthy. Tetap kena elakkan dok luar lama-lama. Pakai topeng muka tau. You all pun kena jaga kesihatan.
Cenggini boleh... |
Ni pun boleh... |
Yang ni pun boleh. |
Tapi yang paling senang cari dengan jaminan bolehla tapis debu2 semua tu, yang ni la |
So, pakailah topeng kalau keluar dari rumah sampai Jerubu ni hilang. Sama2 la kita berangan jadi ninja bertopeng.
Ni ada sedikit artikel tentang jerubu yang korang bolehlah baca2 sesambil cekkidout blog Ms. Panda ni.
(Artikel di petik dari laman http://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/Jerebu.php)
JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
- Kanak-kanak
- Orang tua
- Mereka yang mengalami penyakit
• asma
• bronkitis
• radang paru-paru
• penyakit paru-paru yang kronik
• jantung
• alahan - Perokok
- Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.
Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.
CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-
- Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
- Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
- Penutup hidung dan mulut ( mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.
- Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
- Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan.
- Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
- Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki kenderaan anda.
- Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak ( sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
- Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya ,mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar dari kawasan tersebut.
Untuk bacaan Indeks Pencemaran Udara / Air Pollution Index (API), sila layari www.doe.gov.my/apims
Ok. Dah baca tu, bolehla pegi tengok bacaan indeks tu. atau boleh layari website tu untuk maklumat2 lain jugak.
So, kita borak-borak lagi di lain masa ek. Nak sambung kerja ni
Till next time, ya all. Until then, cheers and cillax (^^)y